!@ miSS LeapORd !@
Bonjour



Hey guys , jom kita dekat-dekatkan supaya lebih kenal secara mendalam .

Balqis suka berblogging dengan kawan-kawan yang tak sombong .
Follow laa saya ok , nanti I follow you back :)
Jangan lakukan perkara yang tidak sepatutnya !


Diary Owner Links Goodies


Shout Here



Put Your Cbox Code here. Width must be "240"


Love For





Skin Made by : Umi Humaira
Basecode : Aina Hanani
Best view in :Google Chrome only
Header & Cursor by :Nurul AtieQa
tolong kuatkan aku
Tuesday 24 April 2012 | 01:59 | 0 Leopard

Ya Allah tolong kuatkan imanku , Ya Allah tolong kuatkan semangatku untuk mengharunginya .
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh ...
24. APRIL . 2010 . tepat jam 8.30 pagi aku telah kehilangan seorang abah yang paling aku cintai . aku tidak percaya bahawa hari ini dah masuk dua tahun abah aku telah pergi buat selama-lamanya . Ya Allah tolong kuatkan hati aku untuk mengharungi semua ini . aku memohon kepadamu Ya Allah . tadi kat sekolah tengah jawab exam tiba-tiba air mata aku dengan sendirinya menitis . rupanya baru aku tahu bahawa hari ini adalah hari abah aku pergi untuk selama-lamanya . siapa yang tak sedih kalau orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita . aku sedih sangat hari ini mintak maaf la hari ini memang aku moody . patut tak boleh nak jawab exam english paper two tadi rupanya baru terjawab bahawa aku amat merindui abah aku sangat-sangat .panggilan manja aku "acih".  abah acih nak abah , acih perlukan seorang bapa untuk membimbing dan untuk bergurau-gurau dengan acih . hari ini acih tak makan nasi pun rasa macam acih pulak yang nak pergi meninggalkan semua . kenapa ini perlu terjadi kepada acih , kenapa orang yang acih sayang semua dah pergi meninggalkan acih . kenapa ? sebenarnya aku menaip nih sambil menangis . bukan mudah aku nak menangis Ya Allah tolong kuatkan aku Ya Allah hamba memohon kepadamu . walaupun kalau ditakdirkan mak kahwin lain tapi acih tak rasa 'dia' macam abah . abah lah orang yang paling acih sayang , acih ingat lagi acih selalu ikut abah p merata acih selalu jaga abah masa abah sakit . mengapa abah pegy meninggalkan acih abah ? acih sedih sangat abah . tiap-tiap malam jumaat acih selalu bacakan yasin untuk abah , sejak abah takdak semua dah berubah abah . acih taktau nak cakap macam mana lagi . tiap-tiap kali hari raya acih selalu siram kubur abah sambil menangis . semoga abah berada disana dengan tenang , acih berjanji tak kan hancurkan harapan acih sebagai seorang anak . acih selalu dengar cakap mak tak pernah melawan sebab acih tau sekarang nih kat dunia hanya acih ada mak saja . acih teringin abah tapi Tuhan tidak temukan lagi jodoh untuk mak . 




p/s : kepada sesiapa yang masih mempunyai kedua ibu bapa hendaklah kamu menghormati mereka jangan membuat mereka kecewa kerana kita . awak dikira beruntung kerana masih ada ibu bapa yang selalu membimbing awak . saya berharap awak semua faham dengan situasi saya sekarang . syukran .


Older Post | Newer Post